Thursday, October 25, 2012

G6PD




Since friend of mine baru mengadu yang anak dia ada G6PD and she is too worried about her newborn sons, therefore I eager to know what is G6PD all about. My cousin's son pun ada G6PD ni jugak.

Alhamdulillah, Haziq not being diagnose to have this disease....but yet as a mother, I have to know what is G6PD...eventhough anak kita xde G6PD ni, but yet kena amek tao jugak....

Better to know rather than ignore....(^^,)

Perhaps below information might be fruitfull to us....enjoy reading


a) G6PD

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya.

Pesakit yang mengalami kekurangan enzim G6PD akan menjadi anemia apabila terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan sel darah merah mereka 'pecah' (hemolisis) contohnya seperti ubat gegat naftalena, tumbuhan kekacang (kacang parang) dan ubat anti-malaria.


b) Bagaimana ia dapat dikesan?

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD, tahap bilirumin dan sebagainya.

Contoh darah diambil dari tali pusat bayi. As early as that stage, these G6PD can be detected.

Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi.

So, parents will be advised by doctor to stay at least 5 days for the sake of monitoring your child level of jaundice....parent jangan nak pandai2 mintak kuar awal, okeyhhhh...better to sacrifice for your kids....jangan nak jadi doctor plak!!!

Cause, if tahap bilirumin terlalu tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.


c) Treatment and Cure


Ibubapa kepada bayi/sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang salah.

Cuba juga elakkan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam.

Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.


Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan “rantai perubatan” yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.

Makesure, your child aware on this especially when they grown up later.


d) Symptoms G6PD

Masalah G6PD ni dalam keadaan biasa selalunya kita tak nampak apa-apa kesan atau tanda pada seseorang itu.
Selalunya masalah ini dikesan bila seseorang itu mula mengalami demam kuning, letih-lesu dan jugak menunjukkan tanda kurang darah (anemia) selepas makan fava bean ataupun setelah ubat-ubatan tertentu dimasukkan ke dalam badan mereka.
Tanda-tanda nyata:
- Sesak nafas, pitam, sakit belakang, pening, menggigil, pneumonia, kencing berdarah/kuning pekat.

e) Larangan-larangan for G6PD

Kacang Parang
Ubat gegat
Ubat Anti-Malaria
Ubat Gatal
Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap G6PD:-
- Primaquine
- Chloroquine
- Quinine
- Sulfanilamide
- Sulphacetamide
- Sulphapyridine
- Sulphamethoxazole (Bactrim)
- Dapsone
- Nitrofurantoin
- Ciprofloxacin
- Methylene Blue
- Nalidixic Acid
- Napthalene ( Moth balls)*
Further information can be find at below link:-

http://kidshealth.org/parent/general/aches/g6pd.html
http://mpaweb.org.my/article.php?aid=98


Mommies yang ada info lagi pasal G6PD ni...share eh...thank you

No comments: