Tuesday, February 22, 2011

Berjabat tangan berlainan jantina



Artikel ini di ambil dari laman web zaharuddin.net....macam2 isu dari segi akidah, agama, hubungan suami isteri dan halal haram dari konteks masyarakat zaman yang so-called millennium ni....sumer yang kita consider khilaf tu ada brief description dalam website ni....so, kter xleh nak simply nak take it easy sgt bab2 agama ni...carik dlu, baru conclude.....=)

Just nak share this article with all of my dearest fwen and bloggers too, so that later masa kita dihisab nanti kita tidak akan dikategorikan sebagai orang munafik.... nauzubillahiminzalik

Menurut sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)

With regards to my post previously...dated 15/02/2011...mengenai khutbah terakhir Rasulullah swt...Baginda menegaskan kepada kita bahawasanya....Tiada ikutan lain yang harus jadi panduan hidup kita melainkan Al-Quran dan As-Sunnah.....below is the wasiat:-

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya , nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku

Therefore, biar lar ape yang kter nak buat skali pun berlandaskan Al-Quran dan Sunnah...Jangan suke2 ati je nk buat hukum dan fatwa sendiri....


QUESTIONS
Soalan yang blogger send to zaharuddin.net are as below:-
Saya bekerja di syarikat antarabangsa. Kerja melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakkan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif. 
Pertama - Adakah rezeki saya dikategorikan dari sumber yang syubhah? 
Kedua - Adakah cara yang terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain.

Clear cut lar kan soalan dia...=)...below is the answer given...precisely spell out...read it up for knowledge....


ANSWER
Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi fenomena hari ini, dan ia telah tergolong dalam kategori ‘umum al-balwa' (kebahayaan dosa yang sukar dielakkan). 

Namun begitu, tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika ia dapat dikawal sebaiknya, dosa masih boleh dielakkan. Apa yang penting semua aspek komunikasi yang meningkatkan syahwat, menggoda, mendedah aurat, pandangan nafsu, sentuhan adalah antara faktor dosa berlaku di tempat kerja.

Walaupun begitu, gaji seseorang tidak semestinya menjadi haram disebabkan tingkah laku  dosanya di tempat kerja kecuali apabila ia culas dan ‘mencuri tulang' semasa melaksanakan tugasan utamanya.

Sebagai contoh, seorang yang bertugas selaku pensyarah IT di sebuah universiti, tentunya gajinya halal, malah jika sekiranya dia culas dan melakukan maksiat seperti tidak solat, bergaul dengan syahwat dengan wanita di tempat kerja, gajinya masih halal kerana maksiat itu bukanlah BIDANG TUGASNYA. 

Cuma perbuatan maksiat itu adalah dosa secara berasingan dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada rezeki dan keberkatan pendapatannya. Namun jika, pensyarah ini ponteng dari tugasan mengajarnya tanpa sebab munasabah, menyelewengkan anak muridnya semasa pengajiannya, tatkala itu gajinya boleh berubah menjadi haram.

Isu berjabat tangan antara lelaki dan wanita telah lama diperdebatkan di kalangan ulama, keempat-empat mazhab, majority ulama silam dan kontemporari berpandangan ia adalah haram kerana ia tergolong di dalam kategori perilaku yang boleh membawa kepada zina. 

Allah telah secara jelas melarang kita jauh dari mendekati zina.

Selain itu, terdapat beberapa hadis lain yang menyokong ijtihad ulama ini seperti hadis Nabi tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram hatta di ketika berbai'ah, hadis yang menyatakan besi di atas kepala lebih baik daripada sentuhan sebegitu dan lain-lain. 

Walaupun kesahihan hadis-hadis yang dipegang masih diperdebat dan dibincang di kalangan ulama, saya tidak berhasrat memanjangkannya di sini.

Sebahagian kecil ulama pula, khususnya ulama' kontemporari berpandangan berjabat tangan lelaki dan wanita boleh dibenarkan jika :-
  • dilakukan tanpa syahwat,
  • tidak mendatangkan fitnah kepada dirinya dan orang yang berjabat tangan dengannya,
  • tidak membawa mudarat kepada reputasi agama yang dipegangnya di mata khalayak khususnya pengikut dan muridnya,
  • dimulakan oleh orang lain (contohnya wanita bukan Islam menghulurkan tangan di tempat awam yang jika tidak disambut boleh mengaibkannya)
  • dilakukan oleh individu berumur dan tidak mudah menaikan syahwat, secara normalnya seperti inidividu berusia 70 tahun ke atas dan beberapa syarat lagi.
  • Tangan dihulur oleh kaum kerabat atau keluarga yang belum cukup faham berkenaan hukum.

Kesimpulannya, mereka yang membolehkan TELAH MELETAKKAN SYARAT-SYARAT dan bukannya diharuskan secara umum.

Apapun hujjah kedua-dua pihak (saya tidak menyertakan hujah dan perbincangan kedua-duanya bagi mengelakan ulasan terlalu panjang dan tersasar dari menjawab soalan), berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram bukanlah amalan Rasulullah saw dan para sahabat serta para solihin di kalangan tabi'en. 

Isteri nabi Aisyah berkata:-
ما مست يد رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يد امرأة قط
Ertinya : Tiadalah tangan Rasulullah saw menyentuh tangan mana-mana wanita dan baginda bersabda : " Aku tidak berjabat tangan dengan wanita" ( Riwayat Muslim)

Rasulullah saw juga bersabda :
 إني لا أصافح النساء
Ertinya : Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita ( Riwayat An-Nasaie ; Albani : Sohih)

Dari segi kerjaya:-
Seperti disebut ringkas di atas, jika berjabat tangan ini berlaku dalam kehidupan kerjaya seseorang, kehalalan gaji seseorang itu tidaklah tertakluk kepada hal tersebut secara asasnya tetapi gaji seorang pekerja tertakluk kepada bidang tugas utama dalam kerjayanya dan cara pelaksanaan tugasan itu, iaitu sama ada terdapat unsur haram seperti:-
  • Menjual barangan haram sama ada kerana barangan curia tau jenis yang diharamkan zatnya seperti arak, dadah dan sebagainya.
  • Menjual dan menyediakan servis atau perkhidmatan haram atau membantu perara yang haram
  • Semasa menjalankan tugas, terdapat unsur rasuah, penipuan dari pelbagai aspek, ‘curi tulang'

Manakala unsur-unsur dosa tetapi tidak berkait secara langsung dengan kerjaya seperti :-
  • Membuka aurat
  • Tidak solat atau tidak puasa pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran.
  • Berjabat tangan lelaki wanita secara kerap dan syahwat

Semua dosa-dosa ini tidak menjadikan gaji tersebut haram, tetapi ia menjadikan pendapatan individu pekerja mulai hilang keberkatan

Menjauhkan individu terbabit dari Allah ta'ala dan seterusnya menjadi semakin lalai dan culas dalam kewajipan agamanya sehingga akhirnya boleh menjatuhnya ia dalam melakukan unsur haram jensi pertama di atas, tatkala itu kehalalan gajinya akan tergugat sedikit demi sedikit.

Berbalik kepada soalan, iaitu sama ada perlu atau tidak berhenti kerja kerana hal itu, saya kira tidak perlu, apa yang diperlukan adalah cuba mengawal kekerapan berjabat itu dari berlaku, cuba mengelakkannya dengan apa jua usaha. 

Perbanyakkan istighfar, amalan dan taubat secara berterusan. Namun jika, ada kemudahan dan peluang untuk mendapat kerjaya yang lebih minima terdedah dengan hal sedemikian, sudah tentu ia lebih baik untuk berhijrah.

THE END


Musfirah's says:-

Perfect explanation!!! I didn't alter any of the question and answer given...coz for me to spell out as above rasa cam tak cukup ilmu lagi...hihihihi...afraid of nanti salah kuar fatwa ke...naya cheq!! 

Bak kata incek suami.....sayang, ape2 yang kita nak buat atas muke bumi Allah ni...make sure kter berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah...jangan sekali2 against ke dua-duanya itu....baru hidup kter diberkatiNya...saya sayang suami saya.....dia selalu ingatkan saya supaya jaga akhlak saya, jaga diri saya sebaik yang mungkin and educate me well...Alhamdulillah...thank you so much, Allah for giving this precious Rurizalakmal to me....=)

Last Sunday, ada dengar ustaz cakap dalam radio...he did mention yang di akhirat kelak...Rasulullah saw akan mengenali umatnya dengan wudhuk di wajah masing2...mereka akan berbaris yang dikawal selia oleh Malaikat...


For those yang dah berada dalam barisan tersebut akan dapat minum air dari telaga Al-Kautsar....Akan tetapi, ada sebahagian dari golongan tersebut yang akan ditarik/ being taken out from that lane...


Rasulullah saw bertanya kepada para malaikat, 


"Kenapa kamu berbuat demikian, wahai malaikat, sedangkan mereka umatku"


Jawab para malaikat,


"Ya Rasulullah saw, mereka memang beriman kepada Mu, ya Rasullah. Tetapi mereka tidak melakukan apa Kau suruh, ya Rasulullah. Mereka beriman tetapi masih melakukan apa yang dilarang oleh Mu dan agama, ya Rasulullah. Mereka tidak mengikut amalan dan sunnahMu, ya Rasulullah semasa ketiadaanMu. Oleh itu mereka tidak layak berada di dalam barisan ini, ya Rasulullah"


Mesti kter tertanya-tanya apa yang menyebabkan orang yang dah beriman terhadap Rasulullah saw pun still tak dapat syafa'at nabi...huhuhuhu.....


Ustaz kata ia terjadi disebabkan oleh, kita percaya pada Allah, percaya pada Rasul...tapi kita tidak melakukan sesuatu berlandaskan agama, berlandaskan Al-Quran dan Sunnah....kita claim sayang pada Rasulullah saw...tapi kter ikut kehendak dan cara dia...huhuhuhuhu...nauzubillahimizalik


Semoga tonyte story menjadi pengajaran dan panduan untuk hidup kita bersama....maner tersalah spell out tu mintak maaf ye....this is as per my reading and my own conclusion.....=)


Semoga kita tergolong dalam orang2 yang beriman di sisi Allah swt. amin!!!

No comments: